icon-search
icon-search

Hijrah Warrior (Dropship) DhiaSara


Alhamdulillah, terima kasih sahabat yang berminat join Team Hijrah Warrior DhiaSara, team Dropship DhiaSara. 

Kenapa anda patut join Team Hijrah Warrior DhiaSara?


1. PRODUK HIGH DEMAND

- Mudah dijual kerana kepelbagaian jenis produk, harga yang mampu milik dan kualiti yang sangat premium.


2. BAHAN MARKETING

-Bahan marketing disediakan untuk setiap produk dan diberikan secara berkala dalam group Telegram.


3. KOMISEN YANG LUMAYAN

- Komisen yang lumayan untuk setiap produk.


4. GROUP SUPPORT

- Group support bersama admin khas untuk sahabat2 suarakan sebarang cadangan, perkongsian maklumat, perkongsian idea dan makluman secara terus dari pihak DhiaSara Hq.



Berikut merupakan TnC pihak DhiaSara Hq:

1) Sekiranya sahabat Hijrah Warrior memakai pakaian DhiaSara untuk tujuan mempromosikan produk, sila pastikan aurat keseluruhan sahabat dalam keadaan terjaga dan tidak berlebih-lebihan.

2) Harga jualan yang diletakkan oleh sahabat Hijrah Warrior tidak boleh rendah daripada harga jualan yang diletakkan oleh DhiaSara Hq.

3) Harga dropshipper hanya boleh didapati melalui website rasmi DhiaSara Hq iaitu www.dhiasara.com . Dari website tersebut, sahabat Hijrah Warrior hanya perlu terus klik produk-produk yang customer anda pilih dan sahabat terus bayar dengan harga dropshipper (website sudah display harga dropshipper selepas log in).

4) Makluman awal kepada sahabat Hijrah Warrior, "No Urgent Order" akan diproses oleh pihak DhiaSara Hq. Masa penghantaran barang pada customer iaitu mungkin akan mengambil masa 2-7 hari bekerja (tiada pengeposan akan dibuat pada hari sabtu, ahad dan public holiday). 


5) Mohon sahabat Hijrah Warrior alert dengan order dari pelanggan anda kerana apabila anda sudah selesai order di dalam website dan sudah selesai pembayaran FPX, tiada lagi perubahan atau penambahan pada item atau alamat pelanggan akan dibuat.

6) Semua item akan di pos terus kepada customer atau sekiranya perlu, sahabat boleh datang pick up di Hq DhiaSara pada hari operasi sahaja. Mohon makluman awal daripada sahabat yang ingin datang pick up order.

6) Untuk item refund (sekiranya ada masalah parcel atau isu2 lain dan customer ingin refund semula duit), tiada komisen diberikan untuk item refund tersebut. Sahabat Hijrah Warrior perlulah mengembalikan komisyen kepada pihak DhiaSara Hq untuk diberikan semula kepada pelanggan.

7) Sekiranya didapati sahabat Hijrah Warrior menggunakan ayat yang kurang sopan kepada pihak DhiaSara Hq atau kepada mana-mana pelanggan DhiaSara, tidak menguruskan pelanggan dengan baik, melakukan penipuan dalam urusan jual beli dan mengabaikan hak pelanggan, pihak pengurusan berhak menggugurkan mana-mana sahabat Hijrah Warrior secara serta merta tanpa notis.

8) Pihak pengurusan DhiaSara Hq akan menjalankan tapisan(filtering) setiap 3 bulan bagi setiap akaun sahabat Hijrah Warrior. Sahabat Hijrah Warrior yang tidak aktif mempromosikan produk, dan tidak mencapai jumlah jualan minimum sebanyak RM300 dalam masa 3 bulan, dianggap tidak aktif dan akan dikeluarkan daripada team Sahabat Hijrah Warrior.

9) Selepas selesai pendaftaran, sahabat Hijrah Warrior DhiaSara diwajibkan untuk join group telegram seperti link di bawah. Pastikan anda sudah ada/install apps > Telegram dan tekan link di bawah, dan join channel ini untuk hebahan info, katalog dan tutorial produk DhiaSara Hq. Bahan yang ada dalam group Telegram tersebut boleh digunakan untuk tujuan mempromosikan produk DhiaSara dan tidak boleh digunakan untuk tujuan lain. (Sila pastikan telefon yg berdaftar sebagai sahabat Hijrah Warrior sudah ada apps Telegram)

Link Telegram : https://t.me/dhiasaraaffiliate

Link Telegram : https://t.me/dhiasaraaffiliate


Yuran komitmen RM 10 (untuk 1 login ID shj, dan tidak akan dikembalikan /refund)


Klik link disini jika anda faham dan setuju

Your cart is currently empty.
Continue shopping